Friday, November 30, 2012

Seronok tgk gelagat kucing- kucing kat umah sy ni.. Comel sungguh ciptaan Allah ni.. Bersyukur, sekurang- kurangnya kehadiran kucing-kucing yang comel ni dapat menghiburkan hati disamping mengisi kesunyian...Alhamdulillah..^_^

Al- fatihah buat Maryam..

Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ibu pada Maryam...


Tuesday, November 27, 2012

Salam, selamat pagi... Hari ni Rini agak selsema skit.. Tapi ok lagi..masih bersemangat nak teruskan kerja hari ni.. Seronok dapat masuk konti pagi- pagi...berceloteh ngan Elfie pagi- pagi ni.. Siapa nak dgrkan kami leh dgrkan kami di www.klpop.my, atau just scroll ke bawah...boleh tgk live Rini dan elfie dan konti.. Now kita dalam segmen apa yang menarik... Waktu kami on air 8am- 12pm. so terus dgrkan kami ye...

Nak share lagi, kepada anda yang tak shopping lagi di Jelita Sara, cer check it out www.jelitasara.com. Ada new arrival.. sure rambang mata nak pilih.. Lagipon baru gaji kan??? ngeeeeee!^_^


Selamat shopping!^_^

Monday, November 26, 2012

I'm Speechless

Salam,

Dah lama Rini tak update blog.. Sepanjang Rini tak update berbagai perkara yang berlaku dalam hidup Rini. Apa pon keadaannya Rini tetap bersyukur di atas setiap yang berlaku. Buat pengetahuan semua, selama 10 bulan Rini mengandungkan puteri Rini arwah Maryam. Kelahiran Maryam, dihitung harinya, dinanti-nantikan kami suami isteri dan seluruh ahli keluarga. Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Maryam hanya persinggahan memberi bahagia dan nikmat buat Rini  dan suami merasa menjadi ibu dan abah. Walau hanya sekejap, Rini tetap bersyukur dan bahagia kerana diberi peluang merasa mengandung, melahirkan, mendukung, memegang, membelai dan menyusukan Maryam. Maryam pergi, saya dan suami teruskan kehidupan dengan hati yang redha dan tabah.

Syukur kami diberikan kekuatan. namun begitu, kehilangan terpaksa kami lalui sekali lagi apabila kembar Rini yang tersayang juga kehilangan anak yang dinanti meninggal sehari sebelum tarikh dilahirkan awal.Arwah Siti Kadijah pergi genap sebulan arwah Maryam pergi. Cukup sempurna aturanNya. Syukur Rina tabah dan redha. InsyaAllah kita jumpa anak kita nanti di syurga nanti ye Na... Sayang kau sangat- sangat!



Percaya segalanya adalah ketentuanNya, percaya hanya Allah yang tahu terbaik buat kita, percaya Allah tahu apa yang tersurat dan tersirat disetiap apa yang berlaku. Kehilangan anak membuatkan kami lebih kuat, redha dan sabar menghadapi hari- hari mendatang.

Saya muhasabah diri dan sedar betapa kerdilnya saya disisiNya. Sedar segalanya pinjaman yang selama ni kita lupa ketika memilikinya. Syukur Allah menduga tak biarkan saya leka.
Alhamdulillah...

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh akan memasuki syurga. Tiada masyar, hisab dan mizan untuk mereka. -Ustaz Azhar Idrus -


Dah hampir 4 bulan Rini dan suami teruskan kehidupan tanpa Maryam. Alhamdulillah, bila kita percaya akan ketentuanNya, InsyaAllah kita selamat dari hasutan syaitan yang telah berjanji untuk memecah belahkan kami. Syukur, semoga kasih sayang antara kami akan terus mekar dihati kami. Amin.. ^_^


 "Syukur abg sentiasa di sisi saya"



"Maryam tunggu ibu dan abah di Jannah ye sayang"....

 "Bersabar dengan apa yang tiada, bersyukur dengan apa yang ada"

Itulah yang Rini dan suami terapkan dihati, Alhamdulillah..makin kita bersyukur makin kita tenang, Makin kita rasakan Allah dekat dan sentiasa tunjukkan jalan untuk setiap masalah yang berlaku.
Janganlah mengeluh dengan apa saja yang kita hilang, Setiap yang berlaku ada hikmah. Allah amik sesuatu yang kita sayang, tapi dalam masa yang sama jangan kita lupa, Allah dah berikan kita berbagai nikmat, kita punya kaki, tangan, mata, lidah, keluarga, suami dan macam-macam lagi...Semoga kita terhindar dari sifat yang tidak bersyukur.

 Ok, berbalik kepada kerjaya Rini sekarang..

Rini sekarang salah seorang penyampai di KLPop Radio, segmen Pagi KLPop bersama Elfie, jam 8am- 12pm, boleh tgk link dibawah, video secara live Rini dan Elfie di Konti setiap hari Isnin - Jumaat. www.klpop.my






Selain dari tu, baru- baru ini Rini telah dilantik sebagai duta http://www.facebook.com/jelitasara, Rini akan menjadi duta Jelita Sara selama setahun. Alhamdulillah. Bolehlah tgk- tgk fanpage Jelita Sara juga website Jelita Sara k di http://www.jelitasara.com. Tudung di Jelita Sara memang cantik dan sangat- sangat selesa di pakai. ^_^ kene pakai baru tahu. Confirm jatuh cinta punya.


Syukur alhamdulillah.. oklah, sampai sini dulu k.. InsyaAllah, ada masa Rini update lagi.. ^_^
Jumpa lagi ye.. Salam...




Monday, March 28, 2011

Lama tak update!?

Salam semua. Apa khabr semua??sehat tak?kalau tak sehat jgn lupa gi klinik jumpa doktor k... mintak maaf sgt la kat korang sebab lama tak update blog.. Ada 2 sebab kenapa perkara ni berlaku. Sebab yang pertama adalah kebusyan.. yelah, bila busy kalau rajin pon takkan sempat nak update kan???! betul tak..heeeeeee..*_* Sebab yang kedua adalah kemalasan.. yelah bila tak busy pon kalau malas mmg tak jugak nak update la kan??! ishk.. apa nak jadi dengan Rini ni.. walaupon lama tak update atau bercerita kat sini..jgnlah korang pikiaq Rini lupa... ingat je selalu..

Ok..nak citer ni.. pada bulan April ni alhamdulillah, Rini busy dengan progrom
Kotex.. kempen "I KNOW". Rini adalah salah seorang speaker yang dilantik oleh pihak Kotex untuk kempen tu.. adik2 yang berada di area Ipoh dan Johor, leh lah kita berjumpa ye...kakak pon tak sabar ni!! yang tak jumpa takpe.. Rini update gambar nanti...ha...lebam lah korang tgk kang..hehehehe!.. so Rini akan cuba luang masa citer apa aktiviti Rini ek.. Jangan risau Jangan gusar.. Semua itu bisa diatur!

Pastu, kepada yang suka lagu Rini apa kate pakat ramey- ramey pakai caller ringtone Rini. ha...heeeee!terima kaseh!!!!

Assalamualaikum!!!

Thursday, October 21, 2010

Caller Ringtone Mainan Jiwa

Salam, hai kawan2. klu korang rasa suka ngan lagu Rini MAINAN JIWA, Jom pakey caller ringtone lagu Rini. Caranya, caller Ringtone Mainan Jiwa ada 2 version. Untuk pengguna Maxis type *131*153416# pastu tekan butang call @ version 2 codenya: 153417.
Bagi pengguna Digi ,Type CT and sends to 2000 version 1: CT 0076948 hantar ke 2000, version 2: CT 0076949 hantar ke 2000.
Selamat mencuba!! ^_^terusaaan sokong Rini!

Thursday, March 4, 2010

Jumpa disana^_^

Salam semua. ^_^

Minggu ini hari Sabtu, Rini akan berada di Trolak Untuk program Seniman dan Felda. ^_^

Hari Ahad pulek Rini di Dataran Senawang jam 2.30 ptg. Datang jgn tak datang ok!^_^

Nanti Rini update lagi. Muah!!

Wassalam..

Friday, November 20, 2009

Single terbaru Rini- Mainan Jiwa

Hiiiii semua.....

Sorryla Rini lama tak update blog...agak busy dengan aktiviti harian..

Terbaru Rini dah jadi keluarga Era aka radio announcer ERA...Rini on air hujung minggu je dalam segmen 'Salam Era'...Jadi jgn lupa dengarkan Era nti..

Single terbaru Rini juga dah siap bertajuk Mainan Jiwa, ciptaan Aidit Alfian & lirik oleh Ad Samad....Rini dah mula hantar ke radio & ada stesen yang dah mula mainkan lagu Rini...jadi sementara nak tunggu keluar radio hari2 hehehe, bolehla layan single Rini kat youtube...Taip je Rini Mainan Jiwa, nti keluarla link lagu tu...jgn lupa tgk tau...

Yang paling penting, jgn lupa vote lagu Rini kat prebiu Era ...Bukak je website Era, pegi kat Program, register epass lepastu mula la undi lagu Rini...TQ
Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my