Friday, November 20, 2009

Single terbaru Rini- Mainan Jiwa

Hiiiii semua.....

Sorryla Rini lama tak update blog...agak busy dengan aktiviti harian..

Terbaru Rini dah jadi keluarga Era aka radio announcer ERA...Rini on air hujung minggu je dalam segmen 'Salam Era'...Jadi jgn lupa dengarkan Era nti..

Single terbaru Rini juga dah siap bertajuk Mainan Jiwa, ciptaan Aidit Alfian & lirik oleh Ad Samad....Rini dah mula hantar ke radio & ada stesen yang dah mula mainkan lagu Rini...jadi sementara nak tunggu keluar radio hari2 hehehe, bolehla layan single Rini kat youtube...Taip je Rini Mainan Jiwa, nti keluarla link lagu tu...jgn lupa tgk tau...

Yang paling penting, jgn lupa vote lagu Rini kat prebiu Era ...Bukak je website Era, pegi kat Program, register epass lepastu mula la undi lagu Rini...TQ

Thursday, September 3, 2009

Selamat Menjalani Bulan Ramadhan dan Ibadah Puasa!







Assalamualaikum,

Apa khabar buat semua pembaca Blog Rini?. Rini doakan agar anda semua sehat walafiat dan sentiasa bahagia di samping org yang tersayang.^_^ Di bulan yang mulia ini, Rini ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tingkahlaku, perbuatan yang tuturkata yang Rini lakukan secara sengaja atau tidak sengaja yang menyinggung perasaan atau hati anda. Manusia mmg tidak lari dari melakukan kesilapan, lagi2 kita sebagai hamba Allah yang tidak sempurna dan banyak kelemahan..^_^

Sudah terlalu lama Rini tak update blog Rini ni kan? Buat pengetahuan semua, Rini agak busy sejak kebelakangan ini, dgn aktiviti dan program buka puasa, selain itu juga Rini juga sebuk dengan perniagaan baju yang Rini buka di Downtown Kajang, berhadapan Sate Samuri. Jualan bermula jam 10 mlm hingga 1.30 pagi, dan berterusan setiap hari menjelang Aidilfitri nanti. Kepada yang nak tgk sendiri fesyen atau koleksi yang ada, datanglah ke sana.^_^

Website Nona cantek!

Maaf yang tidak terhingga, website Nonacantek juga tidak dapat Rini update, di atas kesebukan Rini. InsyaAllah Rini akan cuba mengambil masa sedikit untuk memperbaharui koleksi baju yang sedia ada. Rini juga akan mengambil berat setiap pandangan peminat NonaCantek.^_^ Terima kaseh. Untuk koleksi terbaru nanti, rini akan sertakan sekali ukuran baju bagi memudahkan pembeli memilih baju mengikut saiz badan yang sesuai. ^_^

Sempena bulan yang mulia ini, Rini sertakan sekali gambar Rini khas buat anda yang sentiasa mempercayai bakat Rini dan selalu menyokong Rini..^_^


Rini juga ingin tujukan ucapan selamat berpuasa kepada ahli Kelab Nona Bertudung Rini (KENDURI). Rini ucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak menyokong Rini sepanjang Rini berada di AF. Rini dah baca komen2 anda, dan Rini berharap dapat mengenali anda dgn lebih dekat lagi. Buat kompang, terima kaseh kerana menubuhkan Kenduri. ^_^..

Wassalam..^_^






Wednesday, July 8, 2009





































Kambakkht IshQ!?

Assalamualaikum.

Pada 7 Julai yang lalu, Rini dan kawan-kawan AF7 bersama-sama meluangkan masa menonton citer Bollywood, Kambakkht Ishq, bersama Geng Murai. Best woo... Seumur hidup Rini tak pernah tgk citer hindustan di wayang. Kira pengalaman pertama la ni.. Owh, baru Rini tahu macammana rasanya tgk filem Hindustan di Skrin yang besar. Filem ni best, Kelakar dan Romantik. Chewah!

Apa pun Thanx buat Murai sebab sudi mengajak kami menonton sama.

Filem terbaru lakonan Akshay Kumar dan Kareena Kapoor, Kambakkht Ishq, gempak tau sebab mampu menonjolkan bintang Hollywood seperti Sylvester Stallone, Denise Richards dan Brandon Routh.

Filem arahan Sabbir Khan itu menceritakan tentang hubungan seorang pelakon stunt (Akshay) dan model seksi/ doktor bedah (Kareena) yang pada awalnya dipenuhi dengan rasa marah, benci dan ego. Namun jauh di sudut hati, mereka sebenarnya saling mencintai. Filem ini turut menjalani penggambaran di Los Angeles dan Venice.

Ha, apalagi?jgn segan2 nak pi tgk.. Sekali sekala ubah selera..apasalahnya?

Tatapilah gambar-gambar yang ada tu ye.^_^

Saturday, June 20, 2009

Selamat hari Bapa Sedunia!




Selamat Hari bapa buat semua bapa!!^_^ "




Selamat hari bapa, ayah. Thanx ayah, kerana selalu menjaga, menyokong, mendidik dan mempercayai Rini, Rini takkan kecewakan ayah. Rini sayang Ayah!"




Walau sempena hari bapa, ibu jugak Rini tak lupakan. Terima kaseh juga buat ibu. Ibu satu-satunya Ibu yang Rini ada, demi ibu dan ayah,Rini takkan putus asa. Semoga apa yang kita sama- sama doakan, tercapai. Rini sayang Ibu!"




Friday, June 19, 2009

New!New!New!^_^


Assalamualaikum,


Hai Adik-adik, Kakak- kakak, Puan-puan!


Keluaran terbaru Nonacantek sudah diupload!silalah singgah k!Manalah tahu ada yang berkenan di hati!^_^




Saturday, June 6, 2009

New Items @ NonaCantek!!!




Salam. Hye semua!!!!

Cepat!cepat Rini dah upload new items kat Nona Cantek. Design Top dan Cardigan kali ini lebih cantik dan berkualiti dengan harga yang berpatutan!

Jgn tunggu lama-lama sementara stock masih ada!nanti bnyk yang sold out, nyesal..hehehhe!

Jumpa disana- disana- disana!!!!





Tuesday, June 2, 2009

3 pasang kembar seiras ada di sini!

Pertandingan Bowling!

Assalamualaikum semua!!

Alhamdulillah..Dengan rasa gumbira dan berbesar hati, Rini sajikan anda dengan gambar pertandingan bowling yang berlansung hari tu. Terima kaseh yang tak terhingggaaaaaaaaaaaa kepada semua yang datang mengenjoykan diri dan memberi sokongan!saya sayang anda semua!^_^

Tidak lupa ucapan terima kaseh yang tak terhingga kepada Talent Heritage yang telah berjaya mengatur event ni dgn jaya sekali!!cunlah!!!terima kaseh daun keladi esok lusa buat lagi k!

Saturday, May 30, 2009

Online Shopping!!


Assalamualaikum semua.


Rini baru membuka web online shopping!


Antara barang yang terdapat dalam website ni ialah, top, selendang dan inner. al-maklumlah masih baru. insyaAllah dari semasa ke semasa Rini akan tambah lagi produk supaya u all bnyk lagi pilihan. Jgn lepaskan peluang ni k.


Tak lupa seperti yang Rini janjikan, Rini ada sediakan sekali ruangan cara ikatan selendang. Bolehlah kakak-kakak dan adik- adik yang nak mencuba belajar dari situ. Sebenarnya ada bnyk lagi cara, buat masa ni, Rini sediakan 3 cara sj k.!


cepat!cepat!kunjungi laman web ini:~


Sunday, May 24, 2009

Pertandingan Bowling Terbuka!

Pertandingan bowling terbuka talent Heritage dengan kerjasama Rini FC akan diadakan pada 31 Mei 2009 ini jam 2 petang bertempat di Ampang Bowl Summit, Subang Jaya. Penyertaan masih dibuka sehingga 28 Mei 2009. Bayaran sebanyak RM175 satu pasukan (4 org-min 1 wanita). 5 pasukan terbaik lelaki dan wanita bakal memenangi hadiah. Juara lelaki dan wanita bakal memenangi pakej penginapan di Cherating, beserta pakej Spa, acara paintball dan hadiah- hadiah sampingan. Setiap peserta akan menerima t-shirt dan disediakan jamuan petang.
Sila sms atau hubungi 012-6773161 untuk keterangan lanjut. Kehadiran dan sokongan anda Rini sangat hargai. Jumpa di sana!Sana!Sana! ^_^

Konsert Final AF7

hurmmm..sambung untuk cerita yang seterusnya..Malam konsert tu Rini rasa happy dapat nyanyi semula dan menari menuju puncak dgn kawan- kawan yang lain.^_^ lagi- lagi ada top 20 k.

Akhirnya kita semua tahu siapa Juara AF7 kali ni. Tahniah buat Hafiz! Bagi kak Rini, Hafiz mmg layak untuk bergelar juara dik. Jangan lupa diri ye dik. Kak Rini akan doakan Hafiz selalu.

Tak lupa juga ucapan tahniah buat Aril & Akim. Takperlah tak dapat juara pon, dapat masuk final dan dapat duit beribu-ribu jugak. huhuhuhu!terbaik wok!(terikut- ikut lah pulak)

Yazid dan kak Isma, tahniah sampai ke final k. Apa pon, kak Isma malam tu mcm bidadari syurga. Kipas tu takleh tahan. Buat kak Isma jadi ayu habis!hehehehe!

Oklah, Rini sertakan gambar sebelum persembahan. Baju kami semua prepared by Kak Zai n team. Thanx k. Merah makngah malam tu tau!hehehehe!Rini sertakan gambar Rini di belakang pentas, tak lupa family Rini yang datang memberi sokongan. walaupun Rini tak bertanding. hehehehehe!^_^



Gempak Selebriti Astro

Hai adik- adik, abg- abg, kakak- kakak semua..

Pada Hari Konsert Final AF7 yang lalu, Rini dan kawan-kawan lain yang tersingkir telah dijemput untuk membuat persembahan di Gempak Selebriti Astro yang bertempat di Bukit Jalil. Persembahan kami pada jam 3.30 ptg.

Rini tak sempat nak snap gambar di belakang pentas atau semasa show. Sebab tak berkesempatan dan handphone Rini simpan dalam beg. nak fokuslah kunun..heheheheh!

Walaubagaimanapon, Rini ada jugak snap gambar (yang kat bawah tu) semasa di bilik menunggu. Oklah kan dari takder..hehehehhe!



Persediaan Seminggu Sebelum Final AF7!

Assalamualaikum semua!

Seperti yang di janjikan, Rini akan update blog dgn cerita dan gambar terbaru kan?~

Walaupon citer ni dah diketegorikan sebagai separa basi, tapi janji harus ditunaikan..huhuhuhu!

Rini sertakan gambar sepanjang minggu sebelum Final AF.

Gambar- gambar yang ada tu, mana yang sempat je untuk Rini snap~Enjoy!!

Tuesday, May 19, 2009

Pengumuman wahai rakyat jelata..^_^

Assalamualaikum adik2, abg, kakak2, tuan2, puan2,

Tarikh baru untuk event di bawah telah dikenal pasti. Event ini akan berlangsung pada 31 MEI 2009, di tempat dan waktu yang sama. Mari datang beramai k. Yeeeeeha!!!!

Jadi kepada semua yang sudah plan untuk join untuk sesama berentap baling bola bowling sama ader strike atau ke longkang yang berdekatan.., teruskan niat anda. majulah sukan untuk negara dan kesihatan kita!
_______________________________________________________

Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan clubAssalamualaikum & hai sumer!!!Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club bakal diadakan pd 17 Mei 09 -2pm Ahad di Ampang Superbowl,Summit USJ,Subang Jaya.Bayaran RM175 1 team (4 org -minima seorg peserta wanita).Setiap peserta akan menerima T-shirt percuma beserta cenderamata.Penyertaan adalah terhad,.sebarang p'tanyaan ,sila hubungi mjani 013.2975262 @ emelkan kpd talent_heritage@yahoo.com.....jom daftar!!Datanglah beramai- ramai k. Kasi onar kat sana!!^_^ '

Monday, May 18, 2009

Pengumuman!!!

Salam...Sepanjang minggu ni Rini agak sebuk..minggu ni, Rini ada kelas pengacaraan bersama Paknil pada hari Isnin dan Selasa. Selasa petang, Rini terus ke Cherating untuk photoshot Majalah Aniqah di sana, balik dari Cherating, Rini dan Zizi terlibat untuk persembahan Gempak Desa astro di Terengganu.

Sebenarnya Rini ada banyak gambar & story nak kongsi dgn u'all. tapi tulah, klu nak mengadap blog ni sure ambil masa terlebih sudah. takper2, nanti klu ader masa Rini update k! sebenar jiwa pon tgh bergelora nak update story kat sini. hehehhehe!

See ya later k!!^_^

Friday, May 8, 2009

On air Era Promo Afundi Masuk





















Assalamualaikum semua..^_^Pada 6hb May 2009, Rini dan semua bekas pelajar AF pergi ke Era borak2(on air) untuk Promo Afundi masuk. Gambar Qhaud, Aril, Abg Sidi, Aishah & Claudia tak sempat nak snap,coz dorang sesi lain..



Rini kepilkan gambar untuk tatapan u all k!!^_^

Wednesday, May 6, 2009

Kelas Pengacaraan & Permentasan bersama Paknil & photoshot Remaja ^_^


Assalamualaikum semua. Pada 4 dan 5 May yang lepas, Rini bersama Qhaud,Abg Reza,Kak Saida,Obri, Abg Toi, Naim, Adilla, Pakcu dan Anu Raja Lawak mengikuti kelas pengacaraan bersama Paknil. Kelas ni bergantung kepada masa atau jadual Paknil. Terharu sebenarnya dgn semangat Paknil mencurahkan ilmu pada kami. Alhamdulillah, Rini rasa bertuah sangat, sebab berpeluang belajar dengan Paknil. Selain menyanyi,Rini juga sgt meminati bidang pengacaraan. Semoga impian Rini untuk menjadi salah seorang pengacara yang terkenal dan diminati akan tercapai.Amin!Terima kasih ye Paknil sebab bermurah hati mengajar kami. InsyaAllah, Rini takkan sia2kan peluang yang ada.^_^
Selepas kelas selesai, kami ke cafe astro minum petang. Rini ada sertakan gambar untuk tatapan u all!!!!
Owh ya, pada 5hb May 2009, Rini telah digandingkan dengan satu kumpulan indie band iaitu maximus untuk sesi photoshot untuk majalah Remaja. Rasanya keluaran pada 1 Jun ni. Jgn lupa dapatkannya nanti k!!Thanx Ika(Wartawan Remaja) coz sudi memilih Rini untuk berganding dgn mereka. Tak lupa buat Chika(make up artist) coz telah merubah wajah Rini cantik sekali. Cunlah u all berdua!^_^

Sunday, May 3, 2009

Pengumuman wahai rakyat jelata..^_^

Assalamualaikum adik2, abg, kakak2, tuan2, puan2,

Tarikh baru untuk event di bawah telah dikenal pasti. Event ini akan berlangsung pada 31 MEI 2009, di tempat dan watu yang sama. Mari datang beramai k. Yeeeeeha!!!!

Jadi kepada semua yang sudah plan untuk join untuk sesama berentap baling bola bowling sama ader strike atau ke longkang yang berdekatan.., teruskan niat anda. majulah sukan untuk negaara dan kesihatan!

'Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club
Assalamualaikum & hai sumer!!!Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club bakal diadakan pd 17 Mei 09 -2pm Ahad di Ampang Superbowl,Summit USJ,Subang Jaya.Bayaran RM175 1 team (4 org -minima seorg peserta wanita).Setiap peserta akan menerima T-shirt percuma beserta cenderamata.Penyertaan adalah terhad,.sebarang p'tanyaan ,sila hubungi mjani 013.2975262 @ emelkan kpd talent_heritage@yahoo.com.....jom daftar!!Datanglah beramai- ramai k. Kasi onar kat sana!!^_^ '

Thursday, April 30, 2009

Persiapan untuk 'single song' Rini dan Rina.^_^


























































































Assalamualaikum kawan-kawan. Pada 30hb April 2009 yang lalu, Rini dan Rina ke Luncai Emas untuk check key dan dengar arrangement lagu single kami. Kali ni Rini dan Rina bakal berduet sama tau!kepada semua yang dah lama menunggu..hehehehe..doakan kami k!!Lagu single ini akan diproduce oleh abg Nafi Spider.
Moga usaha kami kali ini berjalan dgn lancar. InsyaAllah.Kepada kawan- kawan, adik- adik, abg- abg, kakak- kakak, terus menyokong kami k!!!cunlah!^_+

Sokongan ikhlas anda semua kami sgt hargai!!!^_*

Tuesday, April 28, 2009

With 6ixth sense










Assalamualaikum & hai kawan- kawan.
Semalam Rini sgt busy sampai tak sempat post blog kat sini. Semalam sebelah pagi Rini dan kawan- kawan AF lain ke RTM. Saja melawat ke sana untuk mengenalkan diri kami..huhuhu! 'interprem' skit.!




Petang baru sampai ke rumah. Sebelah malam, Adi dan kawan-kawannya ke Kajang untuk practice di Saujana Impian, so sebelum ni pon Rini selalu join diorang jam maka Rini pon joinlah. Seronok tgk dorang berlatih coz dorang mmg talented n sempoi. Selepas kuar Af, kiranya inilah kali pertama Rini join dorang.hehehheh!Rini pergi bertemankan chombi. Rini just nyanyi dua lagu duet dgn Adi, Muse Time is running out dan Cinta yang sempurna lagu 6xithsense sendiri.

Sampai je sana, kami makan dulu kemudian tu baru jam. Rini ader selit gambar sekali untuk u'all tgk. Enjoy!

Sunday, April 26, 2009

Kursus Pembangunan Personaliti Belia











































Assalamualaikum!!!

Kursus ini bertempat di Desa Selesa Resort, Hulu Bernam. Anjuran Majlis Belia Selangor, daerah Hulu Selangor. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberi. Kebanyakkan peserta berasal dari Kampung Soeharto, Gedangsa, dan Kalumpang. seramai 40 orang peserta yang menyertai kursus ni.
Sebelum tu, Rini ingin berkongsi sikit apa objektif kursus ini :-
  • Untuk membangunkan generasi Belia yang mempunyai nilai- nilai personaliti yang baik selari dengan dasar pembangunan Modal Insan Negara.
  • Memahami kepentingan personaliti dalam kehidupan seharian.
  • Membantu meningkatkan kecemerlangan kerjaya melalui perningkatan personaliti dan kualiti diri peserta.
  • Menyerlahkan keistimewaan yang ada pada diri individu untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
  • Memberi pengetahuan tentang kaedah pembentukan personaliti yang positif.
Seperti yang Rini janjikan, Rini akan ambil banyak gambar untuk tatapan u'all semua. Gambar- gambar di atas tu diambil oleh bakal cameragurl terkenal Cik Chombi. Thanx Chombi!!!gadis berambut curl)
Walau agak letih..huhuhu! tapi Rini happy sgt sepanjang Rini berada di kursus tu. Banyak pengalaman yang Rini timba di sana. Sekurang-kurangnya Rini dapat berkongsi sesuatu dengan adik-adik.!!^_^

Adik- adik yang hadir untuk kursus tu baik2 belaka. Mereka sgt bersemangat dan agresif. Good luck ye adik- adik. Kak Rini rasa sangat bertuah dapat meluangkan masa dan mengenali adik-adik semua!
Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my