Saturday, May 30, 2009

Online Shopping!!


Assalamualaikum semua.


Rini baru membuka web online shopping!


Antara barang yang terdapat dalam website ni ialah, top, selendang dan inner. al-maklumlah masih baru. insyaAllah dari semasa ke semasa Rini akan tambah lagi produk supaya u all bnyk lagi pilihan. Jgn lepaskan peluang ni k.


Tak lupa seperti yang Rini janjikan, Rini ada sediakan sekali ruangan cara ikatan selendang. Bolehlah kakak-kakak dan adik- adik yang nak mencuba belajar dari situ. Sebenarnya ada bnyk lagi cara, buat masa ni, Rini sediakan 3 cara sj k.!


cepat!cepat!kunjungi laman web ini:~


Sunday, May 24, 2009

Pertandingan Bowling Terbuka!

Pertandingan bowling terbuka talent Heritage dengan kerjasama Rini FC akan diadakan pada 31 Mei 2009 ini jam 2 petang bertempat di Ampang Bowl Summit, Subang Jaya. Penyertaan masih dibuka sehingga 28 Mei 2009. Bayaran sebanyak RM175 satu pasukan (4 org-min 1 wanita). 5 pasukan terbaik lelaki dan wanita bakal memenangi hadiah. Juara lelaki dan wanita bakal memenangi pakej penginapan di Cherating, beserta pakej Spa, acara paintball dan hadiah- hadiah sampingan. Setiap peserta akan menerima t-shirt dan disediakan jamuan petang.
Sila sms atau hubungi 012-6773161 untuk keterangan lanjut. Kehadiran dan sokongan anda Rini sangat hargai. Jumpa di sana!Sana!Sana! ^_^

Konsert Final AF7

hurmmm..sambung untuk cerita yang seterusnya..Malam konsert tu Rini rasa happy dapat nyanyi semula dan menari menuju puncak dgn kawan- kawan yang lain.^_^ lagi- lagi ada top 20 k.

Akhirnya kita semua tahu siapa Juara AF7 kali ni. Tahniah buat Hafiz! Bagi kak Rini, Hafiz mmg layak untuk bergelar juara dik. Jangan lupa diri ye dik. Kak Rini akan doakan Hafiz selalu.

Tak lupa juga ucapan tahniah buat Aril & Akim. Takperlah tak dapat juara pon, dapat masuk final dan dapat duit beribu-ribu jugak. huhuhuhu!terbaik wok!(terikut- ikut lah pulak)

Yazid dan kak Isma, tahniah sampai ke final k. Apa pon, kak Isma malam tu mcm bidadari syurga. Kipas tu takleh tahan. Buat kak Isma jadi ayu habis!hehehehe!

Oklah, Rini sertakan gambar sebelum persembahan. Baju kami semua prepared by Kak Zai n team. Thanx k. Merah makngah malam tu tau!hehehehe!Rini sertakan gambar Rini di belakang pentas, tak lupa family Rini yang datang memberi sokongan. walaupun Rini tak bertanding. hehehehehe!^_^



Gempak Selebriti Astro

Hai adik- adik, abg- abg, kakak- kakak semua..

Pada Hari Konsert Final AF7 yang lalu, Rini dan kawan-kawan lain yang tersingkir telah dijemput untuk membuat persembahan di Gempak Selebriti Astro yang bertempat di Bukit Jalil. Persembahan kami pada jam 3.30 ptg.

Rini tak sempat nak snap gambar di belakang pentas atau semasa show. Sebab tak berkesempatan dan handphone Rini simpan dalam beg. nak fokuslah kunun..heheheheh!

Walaubagaimanapon, Rini ada jugak snap gambar (yang kat bawah tu) semasa di bilik menunggu. Oklah kan dari takder..hehehehhe!



Persediaan Seminggu Sebelum Final AF7!

Assalamualaikum semua!

Seperti yang di janjikan, Rini akan update blog dgn cerita dan gambar terbaru kan?~

Walaupon citer ni dah diketegorikan sebagai separa basi, tapi janji harus ditunaikan..huhuhuhu!

Rini sertakan gambar sepanjang minggu sebelum Final AF.

Gambar- gambar yang ada tu, mana yang sempat je untuk Rini snap~Enjoy!!

Tuesday, May 19, 2009

Pengumuman wahai rakyat jelata..^_^

Assalamualaikum adik2, abg, kakak2, tuan2, puan2,

Tarikh baru untuk event di bawah telah dikenal pasti. Event ini akan berlangsung pada 31 MEI 2009, di tempat dan waktu yang sama. Mari datang beramai k. Yeeeeeha!!!!

Jadi kepada semua yang sudah plan untuk join untuk sesama berentap baling bola bowling sama ader strike atau ke longkang yang berdekatan.., teruskan niat anda. majulah sukan untuk negara dan kesihatan kita!
_______________________________________________________

Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan clubAssalamualaikum & hai sumer!!!Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club bakal diadakan pd 17 Mei 09 -2pm Ahad di Ampang Superbowl,Summit USJ,Subang Jaya.Bayaran RM175 1 team (4 org -minima seorg peserta wanita).Setiap peserta akan menerima T-shirt percuma beserta cenderamata.Penyertaan adalah terhad,.sebarang p'tanyaan ,sila hubungi mjani 013.2975262 @ emelkan kpd talent_heritage@yahoo.com.....jom daftar!!Datanglah beramai- ramai k. Kasi onar kat sana!!^_^ '

Monday, May 18, 2009

Pengumuman!!!

Salam...Sepanjang minggu ni Rini agak sebuk..minggu ni, Rini ada kelas pengacaraan bersama Paknil pada hari Isnin dan Selasa. Selasa petang, Rini terus ke Cherating untuk photoshot Majalah Aniqah di sana, balik dari Cherating, Rini dan Zizi terlibat untuk persembahan Gempak Desa astro di Terengganu.

Sebenarnya Rini ada banyak gambar & story nak kongsi dgn u'all. tapi tulah, klu nak mengadap blog ni sure ambil masa terlebih sudah. takper2, nanti klu ader masa Rini update k! sebenar jiwa pon tgh bergelora nak update story kat sini. hehehhehe!

See ya later k!!^_^

Friday, May 8, 2009

On air Era Promo Afundi Masuk





















Assalamualaikum semua..^_^Pada 6hb May 2009, Rini dan semua bekas pelajar AF pergi ke Era borak2(on air) untuk Promo Afundi masuk. Gambar Qhaud, Aril, Abg Sidi, Aishah & Claudia tak sempat nak snap,coz dorang sesi lain..



Rini kepilkan gambar untuk tatapan u all k!!^_^

Wednesday, May 6, 2009

Kelas Pengacaraan & Permentasan bersama Paknil & photoshot Remaja ^_^


Assalamualaikum semua. Pada 4 dan 5 May yang lepas, Rini bersama Qhaud,Abg Reza,Kak Saida,Obri, Abg Toi, Naim, Adilla, Pakcu dan Anu Raja Lawak mengikuti kelas pengacaraan bersama Paknil. Kelas ni bergantung kepada masa atau jadual Paknil. Terharu sebenarnya dgn semangat Paknil mencurahkan ilmu pada kami. Alhamdulillah, Rini rasa bertuah sangat, sebab berpeluang belajar dengan Paknil. Selain menyanyi,Rini juga sgt meminati bidang pengacaraan. Semoga impian Rini untuk menjadi salah seorang pengacara yang terkenal dan diminati akan tercapai.Amin!Terima kasih ye Paknil sebab bermurah hati mengajar kami. InsyaAllah, Rini takkan sia2kan peluang yang ada.^_^
Selepas kelas selesai, kami ke cafe astro minum petang. Rini ada sertakan gambar untuk tatapan u all!!!!
Owh ya, pada 5hb May 2009, Rini telah digandingkan dengan satu kumpulan indie band iaitu maximus untuk sesi photoshot untuk majalah Remaja. Rasanya keluaran pada 1 Jun ni. Jgn lupa dapatkannya nanti k!!Thanx Ika(Wartawan Remaja) coz sudi memilih Rini untuk berganding dgn mereka. Tak lupa buat Chika(make up artist) coz telah merubah wajah Rini cantik sekali. Cunlah u all berdua!^_^

Sunday, May 3, 2009

Pengumuman wahai rakyat jelata..^_^

Assalamualaikum adik2, abg, kakak2, tuan2, puan2,

Tarikh baru untuk event di bawah telah dikenal pasti. Event ini akan berlangsung pada 31 MEI 2009, di tempat dan watu yang sama. Mari datang beramai k. Yeeeeeha!!!!

Jadi kepada semua yang sudah plan untuk join untuk sesama berentap baling bola bowling sama ader strike atau ke longkang yang berdekatan.., teruskan niat anda. majulah sukan untuk negaara dan kesihatan!

'Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club
Assalamualaikum & hai sumer!!!Pertandingan Bowling terbuka Talent _Heritage dgn kerjasama Rini af7 Fan club bakal diadakan pd 17 Mei 09 -2pm Ahad di Ampang Superbowl,Summit USJ,Subang Jaya.Bayaran RM175 1 team (4 org -minima seorg peserta wanita).Setiap peserta akan menerima T-shirt percuma beserta cenderamata.Penyertaan adalah terhad,.sebarang p'tanyaan ,sila hubungi mjani 013.2975262 @ emelkan kpd talent_heritage@yahoo.com.....jom daftar!!Datanglah beramai- ramai k. Kasi onar kat sana!!^_^ '
Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my