Thursday, September 3, 2009

Selamat Menjalani Bulan Ramadhan dan Ibadah Puasa!







Assalamualaikum,

Apa khabar buat semua pembaca Blog Rini?. Rini doakan agar anda semua sehat walafiat dan sentiasa bahagia di samping org yang tersayang.^_^ Di bulan yang mulia ini, Rini ingin mengambil kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon maaf jika ada tingkahlaku, perbuatan yang tuturkata yang Rini lakukan secara sengaja atau tidak sengaja yang menyinggung perasaan atau hati anda. Manusia mmg tidak lari dari melakukan kesilapan, lagi2 kita sebagai hamba Allah yang tidak sempurna dan banyak kelemahan..^_^

Sudah terlalu lama Rini tak update blog Rini ni kan? Buat pengetahuan semua, Rini agak busy sejak kebelakangan ini, dgn aktiviti dan program buka puasa, selain itu juga Rini juga sebuk dengan perniagaan baju yang Rini buka di Downtown Kajang, berhadapan Sate Samuri. Jualan bermula jam 10 mlm hingga 1.30 pagi, dan berterusan setiap hari menjelang Aidilfitri nanti. Kepada yang nak tgk sendiri fesyen atau koleksi yang ada, datanglah ke sana.^_^

Website Nona cantek!

Maaf yang tidak terhingga, website Nonacantek juga tidak dapat Rini update, di atas kesebukan Rini. InsyaAllah Rini akan cuba mengambil masa sedikit untuk memperbaharui koleksi baju yang sedia ada. Rini juga akan mengambil berat setiap pandangan peminat NonaCantek.^_^ Terima kaseh. Untuk koleksi terbaru nanti, rini akan sertakan sekali ukuran baju bagi memudahkan pembeli memilih baju mengikut saiz badan yang sesuai. ^_^

Sempena bulan yang mulia ini, Rini sertakan sekali gambar Rini khas buat anda yang sentiasa mempercayai bakat Rini dan selalu menyokong Rini..^_^


Rini juga ingin tujukan ucapan selamat berpuasa kepada ahli Kelab Nona Bertudung Rini (KENDURI). Rini ucapkan berbanyak terima kasih kerana banyak menyokong Rini sepanjang Rini berada di AF. Rini dah baca komen2 anda, dan Rini berharap dapat mengenali anda dgn lebih dekat lagi. Buat kompang, terima kaseh kerana menubuhkan Kenduri. ^_^..

Wassalam..^_^






Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my