Friday, November 30, 2012

Seronok tgk gelagat kucing- kucing kat umah sy ni.. Comel sungguh ciptaan Allah ni.. Bersyukur, sekurang- kurangnya kehadiran kucing-kucing yang comel ni dapat menghiburkan hati disamping mengisi kesunyian...Alhamdulillah..^_^

Al- fatihah buat Maryam..

Hanya Allah yang tahu betapa rindunya ibu pada Maryam...


Tuesday, November 27, 2012

Salam, selamat pagi... Hari ni Rini agak selsema skit.. Tapi ok lagi..masih bersemangat nak teruskan kerja hari ni.. Seronok dapat masuk konti pagi- pagi...berceloteh ngan Elfie pagi- pagi ni.. Siapa nak dgrkan kami leh dgrkan kami di www.klpop.my, atau just scroll ke bawah...boleh tgk live Rini dan elfie dan konti.. Now kita dalam segmen apa yang menarik... Waktu kami on air 8am- 12pm. so terus dgrkan kami ye...

Nak share lagi, kepada anda yang tak shopping lagi di Jelita Sara, cer check it out www.jelitasara.com. Ada new arrival.. sure rambang mata nak pilih.. Lagipon baru gaji kan??? ngeeeeee!^_^


Selamat shopping!^_^

Monday, November 26, 2012

I'm Speechless

Salam,

Dah lama Rini tak update blog.. Sepanjang Rini tak update berbagai perkara yang berlaku dalam hidup Rini. Apa pon keadaannya Rini tetap bersyukur di atas setiap yang berlaku. Buat pengetahuan semua, selama 10 bulan Rini mengandungkan puteri Rini arwah Maryam. Kelahiran Maryam, dihitung harinya, dinanti-nantikan kami suami isteri dan seluruh ahli keluarga. Namun kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Maryam hanya persinggahan memberi bahagia dan nikmat buat Rini  dan suami merasa menjadi ibu dan abah. Walau hanya sekejap, Rini tetap bersyukur dan bahagia kerana diberi peluang merasa mengandung, melahirkan, mendukung, memegang, membelai dan menyusukan Maryam. Maryam pergi, saya dan suami teruskan kehidupan dengan hati yang redha dan tabah.

Syukur kami diberikan kekuatan. namun begitu, kehilangan terpaksa kami lalui sekali lagi apabila kembar Rini yang tersayang juga kehilangan anak yang dinanti meninggal sehari sebelum tarikh dilahirkan awal.Arwah Siti Kadijah pergi genap sebulan arwah Maryam pergi. Cukup sempurna aturanNya. Syukur Rina tabah dan redha. InsyaAllah kita jumpa anak kita nanti di syurga nanti ye Na... Sayang kau sangat- sangat!



Percaya segalanya adalah ketentuanNya, percaya hanya Allah yang tahu terbaik buat kita, percaya Allah tahu apa yang tersurat dan tersirat disetiap apa yang berlaku. Kehilangan anak membuatkan kami lebih kuat, redha dan sabar menghadapi hari- hari mendatang.

Saya muhasabah diri dan sedar betapa kerdilnya saya disisiNya. Sedar segalanya pinjaman yang selama ni kita lupa ketika memilikinya. Syukur Allah menduga tak biarkan saya leka.
Alhamdulillah...

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh akan memasuki syurga. Tiada masyar, hisab dan mizan untuk mereka. -Ustaz Azhar Idrus -


Dah hampir 4 bulan Rini dan suami teruskan kehidupan tanpa Maryam. Alhamdulillah, bila kita percaya akan ketentuanNya, InsyaAllah kita selamat dari hasutan syaitan yang telah berjanji untuk memecah belahkan kami. Syukur, semoga kasih sayang antara kami akan terus mekar dihati kami. Amin.. ^_^


 "Syukur abg sentiasa di sisi saya"



"Maryam tunggu ibu dan abah di Jannah ye sayang"....

 "Bersabar dengan apa yang tiada, bersyukur dengan apa yang ada"

Itulah yang Rini dan suami terapkan dihati, Alhamdulillah..makin kita bersyukur makin kita tenang, Makin kita rasakan Allah dekat dan sentiasa tunjukkan jalan untuk setiap masalah yang berlaku.
Janganlah mengeluh dengan apa saja yang kita hilang, Setiap yang berlaku ada hikmah. Allah amik sesuatu yang kita sayang, tapi dalam masa yang sama jangan kita lupa, Allah dah berikan kita berbagai nikmat, kita punya kaki, tangan, mata, lidah, keluarga, suami dan macam-macam lagi...Semoga kita terhindar dari sifat yang tidak bersyukur.

 Ok, berbalik kepada kerjaya Rini sekarang..

Rini sekarang salah seorang penyampai di KLPop Radio, segmen Pagi KLPop bersama Elfie, jam 8am- 12pm, boleh tgk link dibawah, video secara live Rini dan Elfie di Konti setiap hari Isnin - Jumaat. www.klpop.my






Selain dari tu, baru- baru ini Rini telah dilantik sebagai duta http://www.facebook.com/jelitasara, Rini akan menjadi duta Jelita Sara selama setahun. Alhamdulillah. Bolehlah tgk- tgk fanpage Jelita Sara juga website Jelita Sara k di http://www.jelitasara.com. Tudung di Jelita Sara memang cantik dan sangat- sangat selesa di pakai. ^_^ kene pakai baru tahu. Confirm jatuh cinta punya.


Syukur alhamdulillah.. oklah, sampai sini dulu k.. InsyaAllah, ada masa Rini update lagi.. ^_^
Jumpa lagi ye.. Salam...




Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my