Wednesday, July 8, 2009

Kambakkht IshQ!?

Assalamualaikum.

Pada 7 Julai yang lalu, Rini dan kawan-kawan AF7 bersama-sama meluangkan masa menonton citer Bollywood, Kambakkht Ishq, bersama Geng Murai. Best woo... Seumur hidup Rini tak pernah tgk citer hindustan di wayang. Kira pengalaman pertama la ni.. Owh, baru Rini tahu macammana rasanya tgk filem Hindustan di Skrin yang besar. Filem ni best, Kelakar dan Romantik. Chewah!

Apa pun Thanx buat Murai sebab sudi mengajak kami menonton sama.

Filem terbaru lakonan Akshay Kumar dan Kareena Kapoor, Kambakkht Ishq, gempak tau sebab mampu menonjolkan bintang Hollywood seperti Sylvester Stallone, Denise Richards dan Brandon Routh.

Filem arahan Sabbir Khan itu menceritakan tentang hubungan seorang pelakon stunt (Akshay) dan model seksi/ doktor bedah (Kareena) yang pada awalnya dipenuhi dengan rasa marah, benci dan ego. Namun jauh di sudut hati, mereka sebenarnya saling mencintai. Filem ini turut menjalani penggambaran di Los Angeles dan Venice.

Ha, apalagi?jgn segan2 nak pi tgk.. Sekali sekala ubah selera..apasalahnya?

Tatapilah gambar-gambar yang ada tu ye.^_^

No comments:

Post a Comment

Sebarang Urusan atau Tawaran Persembahan/Pengacaraan Boleh Hubungi: Cik Combi: 019 - 2477832(PA) Dengarkan Rini dan Elfie secara live di segmen Pagi KLPop, 8am- 12pm di KLPop Radio :) www.klpop.my